INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT. PAHALA PENGISLAMAN SAUDARA BARU BEKALAN DI AKHIRAT KELAK

INFAQ RUMAH DIDIK SAHABAT. PAHALA PENGISLAMAN SAUDARA BARU BEKALAN DI AKHIRAT KELAK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


SEMOGA TUAN/PUAN DERMAWAN DALAM KEADAAN SIHAT SEJAHTERA DAN SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT.


KAMI YAYASAN AMAL MALAYSIA INGIN MENGAJAK TUAN/PUAN DERMAWAN UNTUK MENGGANDAKAN PAHALA DENGAN MENGINFAQ KEPADA SAUDARA BARU DAN SAHABAT JALANAN (RAKAN GELANDANGAN YANG MEMERLUKAN) DI RUMAH DIDIK SAHABAT YAYASAN AMAL MALAYSIA


Infaq ini bertujuan untuk tajaan makanan bagi rakan gelandangan, muallaf, anak yatim dan juga infaq untuk pembangunan Rumah Didik Sahabat. Dalam kita merasa susah ada lagi yang susah daripada kita.


INSHA ALLAH SETIAP HARI ADA SAHAJA YANG MEMELUK ISLAM DI RUMAH DIDIK SAHABAT 


Rumah didik sahabat merupakan pusat pendidikan komuniti di Chow Kit. Sebuah unit sokongan daripada Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat yang dilaksanakan untuk membantu komuniti Chow Kit meningkatkan kemahiran, ilmu dan sprititual mode insan mereka.

Kami ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak tuan/puan yang mulia dan dikasihi Allah bagi pembangunan Rumah Didik Sahabat. Semoga tuan/puan mendapat balasan pahala yang berlipat kali ganda, dipanjangkan umur dan muah rezeki.


“Santapan rohani buat mualaf dan rakan jalanan.”


Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” 

(Riwayat al-Tirmizi)




Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan ,Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada Sahabat Jalanan (Gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar. Sebelum tertubuhnya RDS, kami menggunakan rumah Makwan sebagai lokasi dan tempat pembelajaran. Pada ketika itu, kami hanya fokus kepada pendidikan Solat dengan harapan mereka akan mengubah hidup mereka apabila mereka menjaga Solat. Alhamdulillah ia memberi kesan kepada ibu-ibu yang sering hadir ke kelas agama yang pihak kami jalankan. 




AKTIVITI YANG DIJALANKAN DIRUMAH DIDIK SAHABAT




Tim NGO Sahabat Amal Care turut bekerjasama bersama Yayasan Amal Malaysia yang diketuai Ustaz Azman dalam Program Santuni Gelandangan di Chow Kit. 

Alhamdulillah kita telah menyampaikan sumbangan sebanyak 300 pek makanan dan 300 pek kanak-kanak yang bernilai RM 2,000.00. Selain itu, sumbangan kit ibadah (telekung, sejadah, Al-Quran, kopiah), buku surah-surah lazim, pakaian, makanan dan minuman. Bantuan kewangan juga diberikan kepada mereka.





Itulah yang Ustazah Jocelyn Cheng  ajarkan kepada 3 orang muallaf semasa dalam perjalanan menuju ke Kompleks JAWI bagi tujuan pendaftaran pengislaman. Ustazah akan sentiasa mencari ruang mengajar mereka tentang ibadah dan aspek ketuhanan. Alhamdulillah, hari ini 3 orang muallaf berjaya didaftarkan pengislaman mereka. Mereka mahu nama mereka dikekalkan. Segala keperluan mereka, kami belikan hasil sumbangan anda semua. Selepas pengislaman, kami belikan pakaian yg sesuai sebagai muslim/muslimah, tanggung kos utk mereka perbaharui kad pengenalan dan apa jua keperluan.




Hari ke hari, Dewan ni dah makin penuh Alhamdulillah. Syukur pada Allah. tuhan yang memegang hati2 manusia. 16 orang yg istiqamah datang belajar. Yg menariknya ramai  juga yg belum islam singgah2 mendengar. 

Alhamdulillah skrg mula kolaborasi bersama NGO Kembara iman. Mereka supply guru2 dikalangan bangsa cina. Barulah tanya semua angguk kepala tanda faham.
Doakan moga semakin ramai memeluk islam hari ke hari insyAllah.

Semoga kita menjadi insan yang memberi manfaat kepada manusia yang lain seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW.

UNTUK UPDATE TERKINI SILA LAYARI FACEBOOK PAGE RASMI YAYASAN AMAL MALAYSIA

https://www.facebook.com/AmalMalaysia

 


Terima kasih kerana bersama-sama Yayasan Amal Malaysia dalam menyantuni saudara - saudara kita yang sangat memerlukan sokongan kita walau dari jauh, walau dari rumah anda. Setiap sumbangan anda sangat bermakna buat mereka.



Yayasan Amal Malaysia (PPM-014-10-30052001) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat

www.amalmalaysia.org.my    |  www.facebook.com/amalmalaysia


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Rumah Didik Sahabat - Sumbangan Bebas (Minima RM10)
Infaq Rumah Didik Sahabat - RM100
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN

Ini no CS kami